agree with me?
well, not really in the mood to blog lately. spm is around the corner. less than 14 days left.
and i’m not well equipped, YET!
frankly, i’m hating people around from day to another. fu*k them!
agree with me?
well, not really in the mood to blog lately. spm is around the corner. less than 14 days left.
and i’m not well equipped, YET!
frankly, i’m hating people around from day to another. fu*k them!
Ia datang, ia pergi. Setahun sekali. Kemeriahan disambut setelah sebulan berpuasa. Ramadhan pergi, syawal datang. Meriahnya raya tahun ini, tidak dirasai. Terasa diri ini semakin tua. Dek kerana duit raya yang diperoleh semakin sedikit. LoL.
Tahun ini, aku ber‘shopping’ baju raya dengan rakan-rakanku yang lain. Tidak seperti tahun-tahun lepas, ditemani ibuku. Aku ter‘beli’ 15 helai t-shirt, 2 long sleeve, dan 2 shirt. 19 helai! Seluar pula 2 pasang. Ya, aku gila. Gila sale. Sana sini sale. Aku pegang, cuba, bayar. Tidaklah 19 helai dalam sehari. Cuma, 2-3 helai sehari. Aku keluar tidak kurang 4-5 kali berbuka puasa di Kapitan di hadapan Queensbay dengan rakan-rakan. Jadi, dalam sehari, kurang 5 helai ku beli.
Persiapan raya, tidak seperti tahun lepas. Tahun ini, aku telah kehilangan seorang atuk yang (bukan atuk sebenar) telah ku kenal selama 10 tahun seminggu sebelum hari raya. 10 tahun aku berjiran dengannya. Selama 10 tahun itu lah, aku punya seorang insan yang aku panggil ‘atuk’ atau ‘tok din’. Seorang pesara pegawai tinggi kastam, suka berceloteh denganku. Sejak beliau sakit, aku sering keluar bersama anak tirinya, Zahara (ku panggil makcik minah atau tokcik) dan ibuku (sebagai driver). Kami gemar makan ais kacang. Ke mana kami pergi, ais kacang menjadi menu utama. Beliau banyak menolong keluargaku, dari segi ekonomi, sosial, dan macam-macam lagi. Beliau terjatuh semasa hendak ke tandas, dan menurut ibuku, darah mencurah-curah keluar. Tidak dapat aku bayangkan. Aku hanya sempat melawatnya di hospital, dan ketika itu, keadaannya agak teruk. Semasa beliau berada di akhir hayatnya, aku tidak sempat pulang. Kini aku berasa sangat bersalah kerana aku tidak berada di sampingnya pada saat-saat akhir hayatnya. Atuk, akan ku kenang jasamu sehingga ke akhir hayatku. Aku juga kehilangan seorang nenek saudara, 2 minggu sebelum hari raya. Sharifah Maharani, atau ‘Tuk Mama’. Aku tidak begitu rapat dengannya, akan tetapi, beliau juga merupakan nenek saudara yang agak dekat dengan keluargaku. Tidak banyak yang dapat aku ceritakan tentang ‘tuk mama’.
beberapa hari sebelum raya, nenek saudaraku yang tinggal di Batu Uban pula terjatuh. Tidaklah seteruk mana, tetapi di kepala sepatutnya dijahit. Oleh sebab ‘tuk nah’ takut, doctor memotong sedikit rambut dan mengikat rambut tersebut di bahagian yang perlu dijahit. Alhamdulillah, tuk nah masih sihat.
Dek kejadian tersebut, persiapan raya keluarga ku juga tergendala. Aku hanya membuat biskut Almond London dan Tat Gulung yang telah di ‘order’ oleh rakan sekerja abangku. Pulangannya, boleh la tahan. Aku tidak ambil wang itu kerana abangku telah hadiahkan sebuah telefon Sony Ericsson k550i. harganya, hanya RM620 dengan kad memori sebanyak 128mb. Setelah mendapat duit untuk membeli baju raya oleh ayah, aku telah menambah memori sebanyak 1gb pada harga RM110 di Carrefour Seberang Prai. Aku malas hendak ke Bukit Jambul untuk beli kad memori. Lagipun, Bukit Jambul semakin hari aku rasakan aku berada di negara luar. Bukan di Pulau Pinang, bukan Malaysia lagi. Bahasa di kompleks itu juga sudah bertukar kepada bahasa negara lain.
Posting ku harini tidaklah cantik bahasanya. Tidak punya mood yang baik untuk tulis dengan lebih sedap. LoL. Mungkin setakat ini sahaja yang dapat aku coretkan. Sehingga bertemu lagi di lain lebaran.
Salam,
Shuhada Rabi.